December 16, 2013

Terlalu lama lari jauh dari blog ni.
Sampai tertanya sendiri apa function aku ada blog.
Adakah kerana pengaruh rakan sebaya?
Atau saja-saja cipta satu ruang escapism.

Nampak sangat aku dan komitmen kurang bersatu.
Komitmen untuk update blog pun dah jadi satu perkara yg agak berat untuk diberikan ruang masa.

Mungkin ini hanya satu fasa.
Fasa yg buat aku rasa malas untuk menulis di sini.
Lebih banyak berkongsi dengan para sahabat.
daripada menzahirkan semua tercatat di sini untuk kenangan esok lusa.
yang pasti walau aku takkan ingat setiap inci detail yg berlaku dalam hidup aku yg tak tau lama mana ini,
aku yakin perkara penting sentiasa ada di situ, dalam HATI.

Aku bukan tulis untuk sesiapa.
Aku tulis untuk aku.
Kalau cerita kita sama, itu kebetulan.
Atau mungkin Tuhan mahu beri pengajaran.
Melalui kamu atau aku.

Moga aku lebih rajin untuk catit lebih banyak di sini.
Bukan tak suka, tapi malas.
Tak baik kan?
Jangan contohi aku.

No comments:

Post a Comment

Leave a note
Leave a thought