July 10, 2013

Kuasa Sakti

Kalau aku boleh pilih untuk punya kuasa sakti
Akan aku jadi 'Teleporter'
Supaya dapat aku ada di sisi kamu
Mendengar hembus nafas kamu
Melihat lena kamu
Rasa selamat dalam rangkulan kamu
Dan akan aku aman di situ

Akan aku pilih kuasa untuk melihat masa depan
Supaya tak lagi aku asyik hanyut berkali-kali bergelumang duka
Menambah bilangan plaster dalam sekeping hati ranap

Kalau aku boleh pilih kuasa sakti
Aku mahu jadi 'mind reader'
Maka dapat aku lihat apa ada dalam benak kamu
Adakah cerah atau kelabu?
Adakah setuju atau menggerutu?
Adakah suci atau penuh noda?

Kalau aku punya kuasa sakti
Aku mahu kuasa untuk baiki apa saja
Baiki kereta dan segala
Baiki jiwa yang penuh hiba
Baiki hati yang penuh parut
Tak perlu lagi aku kelek peti pertolongan cemas ke mana-mana
Baiki minda yang penuh dusta, benci, sengketa.
kerana aku lemas hidup penuh dendam
Jemu disakiti, dimaki, dikeji berkali-kali

Itu yang aku kata...
Kalau aku bisa pilih kuasa sakti...
Tapi itu kalau...
KALAU ...

No comments:

Post a Comment

Leave a note
Leave a thought