Kamu ni dah lama single, takde berkawan-kawan dengan sesapa ke?
Eh, kamu ni dah lama berkawan, bila agaknya nak bertunang?
Tunang sudah, kendurinya bila?
Bila nak ada anak? Kawin, kawin dah. Takkan nak tunggu lama-lama?
Bila nak tambah anak? Anak sulung dah besar dah.
Takde rasa nak tukar kereta ke, beli rumah lain ke? yela keluarga dah besar.
Bila nak bermenantu?
Bila nak bercucu?
Itu antara soalan-soalan bocor yang tak pernah lagi tukar blueprint.
Soalan ini sangat famous untuk ditanya waktu kenduri kahwin, reunion atau sebarang majlis yg melibatkan ahli keluarga berkumpul.
Walaupun kau dah bagi jawapan yang sama setiap tahun, kau tetap akan diasak dengan soalan yang sama berkali-kali kerana lumrah manusia itu mahu dengar jawapan yang mereka mahu.
Jadi terpulang la kau nak jawab macam mana.
Perlu diingat, walaupun zaman berubah, soalan tetap tak berubah ok.
Takde Unit Audit ka Unit Syllabus pun nak revise soalan-soalan ni. LOL
No comments:
Post a Comment
Leave a note
Leave a thought