Masa cuti sekolah, cerita indonesia yang lagenda itu pun kembali famous.
"Dunia khayalan~~ bla bla bla" (sedutan lagu tema siri berkenaan).
Maka tak dak keja lain. dari celik mata sampai tutup mata, dok mengadap dunia khayalan tu je. memang cukup"khayal".
Aku ada kisah lagenda aku dan sekolah. Ini memang tahap memalukan diri sendiri. Nasib identiti aku separa rahsia. tak semua orang kenal. hehe.
aku mula masuk tadika masa umur 6thn. pegi Tadika Kemas Kg Sg Kati (dekat umah babysitter). aku memang mempunyai masalah tak suka pegi sekolah sampai pernah menyebabkan babysitter kena ikut pi tadika jugak-jugak sampai sesi tamat.
Kejam bukan?? kesian babysitter aku.
oleh kerana perasaan tak syok yg mendalam, aku penah lari dari tadika sambil nangis2, meraung2 nak balik dan di kepung oleh cikgu tadika bersama kakak assistant tadika. (kecik-kecik dah dramatik!)
tapi masa tu perasaan malu tiada dalam diri. pedulik la. janji balik duduk rumah tengok kartun. HAHAHA.
tapi lama-lama aku ok. ditambah pulak ada ramai kawan termasuk anak sedara babysitter aku yg aku still ingat nama dia sampai sekarang :: Ahmad Fadhullah a.k.a Fad :: best fren dulu2. ehem ehem. tapi sekarang sudah tak tau dia pergi mana.
bile sudah ke tadika, mak abah jugak mahu anak mereka tahu ilmu agama.
maka selepas balik tadika, sesi petang (pukul 2 petang), aku kena pegi mengaji pulak kat Madrasah Ahmadiah (sebelah tadika jek).
Apa kau fikir aku akan gumbira-gumbira pegi madrasah???
Owh tidak sama sekali!
Insiden sama berlaku lagi. Memang tahap tak tahu malu dah.
aku meraung2 nak balik rumah, tak suka pegi mengaji sampai ustazah kunci pintu Madrasah dan biarkan aku menangis sampai lebam sebab lepas nangis, aku letih, aku tido dan tunggu je parents datang ambik.
Apekah function pergi mengaji ketika itu???
memandangkan keadaan aku yg agak kronik, ustazah telah mengambil langkah bijak dengan mencadangkan kepada parents aku mintak hantar jela tahun depan. tunggu aku naik darjah 1. nasib la mak abah setuju.
dulu aku super cengeng. ade satu hari, ustazah panggil aku dengan nama panggilan yang pendek. boleh pulak aku nangis sebab tak suka ustazah panggil macam tu. aku nak ustazah panggil aku dengan nama penuh!
tapi sekarang elok je. nama yang ustazah panggil tu lekat sampai sekarang. cukup mengada2!
naik sekolah rendah dan sekolah menengah, semuanya ok dan alhamdulillah agak berjaya dalam akademik walaopun tak sehebat mana.
tapi sindrom malas pi sekolah menyerang semula masa aku pindah sekolah teknik.
punye la malas. ade je reason aku tak nak pi sekolah.
Period pain la, sakit perut la, nak demam la, tak sedap badan la - mengalahkan fomfuan mengandung.
mengikut kawan pun ade jugak. agak-agak takde geng, malas la pi sekolah. tapi bukan maksud tak pi sekolah tu aku melepak di umah, aku study dgn geng2 aku. buat exercise add maths bagai. tapi end up bersembang je lebih.
(ni zaman jahiliah... sila jangan tiru. jika tiru, ade kemungkinan akan jatuh ke lembah durjana)
sekolah rendah saya! |
jadi moral of the story,
bila di renung semula, mungkin ini satu tulah pada aku.
dulu tak nak sangat pi sekolah.
nangis2, degil sangat sampai kne sebat dengan abah aku guna ranting pokok rambutan.
tapi sekarang...
Lihatlah Donia! Hidup aku di kawasan yang macam sekolah hari-hari. sangat ironic kan???
Dulu suka sangat main cikgu-cikgu. guna pen merah tanda kerja sekolah.
Sekarang....
Terima la balasan, nak sangat jadi cikgu kan???
Marking la assignments tests sampai pencen!
tapi aku suka apa yg aku buat sekarang. seronok, beronok-ronok jugak jadi ch'egu nih. memang ade ups and downs tapi sampai satu mase bila ingat balik, kelakar sebenarnya.
jadi...
kalau sampai masa nanti,
aku tak heran la kalo anak aku pon kena sebat sebab tak suka pi sekolah sebab mama dia dulu pon sama jek.
sebenarnya, syndrom tak suke pi sekolah ni memang merebak kat semua adek-beradek aku cuma adek aku yg pompuan tu jek yg tak kena (sebab dia dah ade geng sebelum masuk tadika, jadi takde la rase insecure sgt).
Tapi...
aku cukup berharap...
harap-harap nanti anak aku takde la sampai tendang pintu tadika mcm Paksu dia!
*nasib tadika tak mintak ganti rugi*
No comments:
Post a Comment
Leave a note
Leave a thought