January 05, 2011

Orang biasa

aku bukan seorang kipas susah mati bola sepak
ia lebih kepada bermusim...
bila ada Euro atau World Cup barulah aku berceloteh lebih tentang bola sepak
jika tidak, aku lebih selesa menjadi 'silent' audience

Tidak terlewat rasanya mahu ucap TAHNIAH pada pasukan Harimau Malaya
bukan mudah mahu bawa pulang piala keramat itu
sudah 14tahun menaruh harapan akhirnya termakbul jugak

Tapi dalam masa yang sama...
semua pemain terus jadi femes tahap dewa
hampir mustahil kalau takda cerita mereka sehari di surat khabar
walaupun sekarang sedang panas isu Dato' Misbun Sidek & Dato' Lee Chong Wei
masih ada ruang berita untuk 'harimau2' ini.

Sekarang sudah jadi selebriti
Hidup takkan sama seperti dahulu. perubahan pasti berlaku.
kalau aku di tempat mereka... haihhhhh entah la.
macam takdak privacy...
mula2 maybe rasa suka. pegi mana2 pon orang kenal. time ni la semua orang nak mengaku ade sangkut paut.
tapi lama2 aku akan rasa rimas. serba serbi tak kena.
ada saja komen yang mampu mencarik sekeping hati.
masalah sendiri pon dah cukup banyak. tambah pulak part orang mengutuk tahap dewa.
ntah la...

tapi aku rasa mereka memang orang terpilih
Allah takkan bagi dugaan kalau kita tak boleh pikul kan...

tapi aku bersyukur menjadi aku
orang biasa... bukan orang kenamaan
orang biasa yang sangat biasa
sederhana
itu lebih sesuai.

sapa tau kalau jadi orang terkenal, aku boleh lupa diri.
takpa la... tak jadi 'harimau' pon takpa.
setakat jadi pom2 team di depan tv pon dah cukup happy... ^_^

No comments: