January 22, 2011

Mathilde dan aku?

Pernah menjenguk buku literature bahasa Inggeris di sekolah?
Mesti pernah dengar/baca short story bertajuk 'The Necklace'
ape kaitan cerita itu dengan aku???

Aku rasa aku hampir menjadi Mathilde (watak utama dalam cerita itu)
bajet hot mahu jadi watak utama. kahkahkah
malangnya kisah kesusahan itu hampir sama
walaupun aku tidak hilangkan seutas rantai palsu yg mungkin juga buatan Petaling Street
tapi aku juga tidak mampu bershopping sakan
banyak yang perlu di korbankan
tapi pengorbanan itu pada aku berbaloi juga
melihat ahli keluarga tersenyum gembira menonton wayang
makan pizza
jalan2
itu sudah bisa buat hati lega dan tenang

maka...
bertahan la wahai nafsu membeli-belah
tunggukan aku seluar jeans, t-shirt, blouse, handbag
dan segala menatang mak nenek yg terlintas di nafsu membeli
aku punya tanggungjawab
dan kamu semua hanya nafsu sampingan
yg sentiasa menggoda aku utk lupa daratan.
hahaha

No comments:

Post a Comment

Leave a note
Leave a thought