December 16, 2010

Insan Lemah

Manusia itu ada yang lemah...
adakala tak tahu apa yang terbaik utk diri
adakala sudah tahu buruk baik
malangnya
hati dan akal tidak seiring
maka diri terjerumus ke lembah durjana

Manusia itu ada yang lemah...
adakala terlalu terpengaruh emosi
adakala terlalu pentingkan diri
adakala tidak ambil peduli

Manusia itu ada yang lemah...
tidak mahu disakiti
malangnya jalan yang dipilih memang menyakitkan
sudah nyata dari akal fikiran waras pilihan itu tidak benar
ajaibnya
sanggup bertahan dan berharap sesuatu akan mengubah keadaan

Manusia itu ada yang lemah...
dan aku adalah salah seorang dari mereka.
kerana aku juga punya kelemahan
yang tak mampu aku tukar menjadi kesempurnaan...

No comments:

Post a Comment

Leave a note
Leave a thought